DMA.

https://www.facebook.com/100004501061824/posts/1722698821223470/
Rupanya Datuk Mazlan Aliman, iaitu bekas Pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional sejak 30 Oktober lalu. Dulu aku pernah menjangkakan bahawa Pan akan menerima nasib seperti parti serpihan PAS dulu. In Shaa Allah ia akan berlaku sedikit demi sedikit.

Setelah mengencing peneroka Felda dengan janji untuk menghapuskan hutang peneroka Felda sebanyak 50% dan membela nasib peneroka Felda, kini Mazlan Aliman menubuhkan beberapa NGO, antaranya Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) untuk membela nasib peneroka Felda sekali lagi.

Cukuplah Datuk Mazlan Aliman. Nasib peneroka Felda kini lebih baik di zaman PN berbanding zaman PH tempohari. Semasa PH memerintah harga BTS jatuh mendadak sehingga RM270 ke RM290 satu tan tapi kini harga BTS mencecah sehingga RM800 lebih satu tan.

Harapnya lepas ni anak peneroka Felda yang pernah terpengaruh dengan janji PH untuk membela nasib peneroka Felda dulu janganlah percaya lagi kata-kata manusia yang bernama Datuk Mazlan Aliman dan menghasut ibu bapa mereka lagi. Kasihanilah ibu bapa anda yang pernah termakan hasutan anda dengan memberi undi pada PH dulu.

Leave a Comment